Thursday, January 10, 2013

PENGENALAN JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA


JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Pengenalan

Dalam tahun 1951, Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada itu, maka dalam tahuhn 1958 Pertahanan Awam menjadi sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979, Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini


Definisi Mengikut Akta

"Angkatan Pertahanan Awam" dan "Perkhidmatan Pertahanan Awam" membawa maksud angkatan dan perkhidmatan yang ditubuhkan semata-mata atau terutamanya untuk memenuhi kehendak pertahanan awam.

"Pertahanan Awam" meliputi apa-apa langkah yang tidak terjumlah kombat sebenar bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan permusuhan daripada keseluruhan atau sebahagian dari akibatnya, sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas serangan itu.

Mula dikenali dengan JPA3, kemudiannya ditukarkan kepada Rescue 991 dan akhirnya kini ditukarkan nama sebagai JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia)


Visi

Menjadi agensi pertahanan awam yang unggul dalam pengurusan bencana


Misi

Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus tepelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana


Slogan

SEDIA PANTAS BERINTEGRITI


Logo Korporat

                                                                       
                                                                     SENTIASA SIAP SEDIA

Disekeiling tiga segi adalah motto pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang sentiasa bersedia menjalankan tugas

SEGITIGA SAMA OREN
Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan

BUNGA PADI
Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi



KONSEP LOGO
Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan


Lagu Korporat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia





Fungsi JPAM

  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam
  • Mengelola, menubuh, menyelenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplinkan angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut







Friday, December 28, 2012

Selamat Datang

Selamat Datang ke laman blog ini. Tujuan blog ini dicipta adalah untuk berkongsi ilmu-ilmu Pertahanan Awam dan juga berita-berita terkini mengenai JPAM di Sarawak.

Diharap laman ini dapat memberi manfaat buat kalian.

SEDIA PANTAS BERINTEGRITI